|
Bahasa: EN | 中文 | BM |

Mengenai Kami

Mengenai Kami

Heng Lee Sauce Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan terletak di tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar Pulau Pinang.
 
Heng Lee Sauce diasaskan oleh Encik Boey Lee Weng pada usia seawal 21 tahun. Beliau menjual kicap hanya dengan mengayuh basikalnya; masyarakat sekitar akan membawa botol kaca mereka sendiri untuk mengisi kicap. Dengan usaha dan kerja keras Encik Boey Lee Weng dan isteri serta bekerja siang malam, perniagaan ini semakin berkembang…..
 
Populariti & peningkatan permintaan telah membawa kepada perumusan sos-sos lain selain kicap dan dengan itu ''Rose Brand'' dilahirkan.
Kami mematuhi penapaian semulajadi tradisional yang dibancuh menggunakan bahan semulajadi yang terbaik kerana kami percaya bahawa hanya ''kaedah tradisional'' boleh menghasilkan ''produk tradisional''.
 
Dengan ketegasan kami dalam memastikan kualiti produk, kami sangat berhati-hati dalam proses pemilihan kacang, hanya kualiti terbaik akan dipilih dan dengan menggunakan proporsi kacang soya yang lebih tinggi dalam proses membancuh, kami berjaya mendapatkan aroma soya yang wangi serta mempunyai rasa dan bau terbaik.
Selain itu, kami menggunakan pematuhan yang ketat dalam setiap peringkat proses pembuatan untuk memastikan kualiti produk terbaik dan keadaan pembuatan yang bersih dicapai. Dengan komitmen kami sepanjang masa, kami telah mendapat sijil pengiktirafan daripada jabatan kerajaan iaitu Sijil HALAL dan MeSTI. Kami memperoleh Pensijilan HALAL pada tahun 2001 daripada pihak berkuasa  Jabatan Agama Islam dan semua produk yang dikeluarkan juga telah duji dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
 
“Rose Brand” telah menjadi simbolik kualiti kicap yang dipercayai di seluruh pulau hingga ke seluruh Malaysia, dan perniagaan itu kemudiannya berkembang ke negara jiran iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia; dan kami sentiasa meneruskan pengembangan.
 
Untuk memenuhi keperluan memasak, kami menyediakan pelbagai sos dan perasa yang paling banyak permintaan untuk digunakan di dapur dan rumah. Kami mempunyai kira-kira 50 jenis sos untuk memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza.